Bismillahirrahmanirrahim.
kenapa jadi macam nie?kenapa itu? kenapa ini?
lepastu, uwaa...wa..(menangis) ada juga yang ,@#$%&
soalan dan perkataan yang sering dilagukan bile kita ditimpa masalah.
Masalah adalah perkara yang menjadi beban dalam kehidupan kita.
Seberat mana pun masalah yang kita hadapi,
INGAT!
setiap yang perkara yang berlaku adalah aturan Allah.
Jangan hanya fikir kejadian siang dan malam, bumi berputar pada paksinya ...
perkara-perkara yang kecil macam diffusion of chemical ke dalam cell pun adalah aturan Allah.
Tawa dan hiba kita juga menjadi aturan Allah.
Oleh itu, bile ada masalah, ingatlah,masalah nie datangnya dari Allah.
Aturan DIA yang Maha Berkuasa.
Bile ditimpa masalah, puas kita memerah otak mencari dimana silapnya..
tapi, tak jumpa.
Sebab ada masalah yang bukan untuk kita selesaikan,
tetapi masalah tu adalah hint daripada Allah, untuk kita sujud menghadap-NYA.
Tapi, kita solat cukup lima waktu sehari -semalam + solat sunat lagi+ma'thurat pun.
Refleks balik, sama ada solat kita tue, betul2 kita lakukan kerana-NYA?
atau sebab kalau tak buat nanti nama naik BADAR,
atau sebab semua orang pergi solat
atau sebab kite dah terbiasa solat ?
Solat yang betul-betul kerana Allah nie bile angkat sahaja takbir,
jiwa dan akalnya bersatu dengan rukun-rukun solat.
Die khusyuk.
Dia solat seolah dia melihat Allah dan Allah melihat die. (boleh rujuk Al-Baqarah)
Allah nak kita bile berdoa tue penuh mengharap pada Dia
kerana tiada siapa dan apa yang dapat kita harapkan selain Allah.
Selalunya kita bile Imam doa, kite gelak-gelak, sengih-sengih dengan kawan sebelah.
Dan semua nie berkaitan dengan kita Iman.
Bila Iman kita low,rasa macam masalah tue menggunung tinggi.
tapi jiwa oarang yang beriman, masalah dipandang sabagai tanda cinta Allah kepada hambaNYA.
"Bahagianya seorang hamba Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya..Begitulah rupanya berkasih dengan Allah..tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah..Tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan..Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda kasih sayangNya kepada hambaNya..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.."-LIFE GUIDE-
"Bahagianya seorang hamba Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya..Begitulah rupanya berkasih dengan Allah..tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah..Tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan..Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda kasih sayangNya kepada hambaNya..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.."-LIFE GUIDE-
Allahumma ahyina bil iman, waamitna fil iman wa adhilna jannah ma'al iman.
YA ALLAH, tiada yang aku harapkan selain-Mu, ampunkan dosa-dosaku dan kuatkan Imanku.
Ameen.
oh! baca nie-KLIK
[p/s : doakan saya, post nie adalah nasihat saya untuk diri saya. Moga bermanfaat juga buat kalian]
^_^
MAY ALLAH BLESS
No comments:
Post a Comment