Salam alyk peeps.
Huish.penat aku berperang dengan diri sendiri tak nak pergi ERAT, dan aku gagahi juga langkah untuk pergi ke program ERAT tu..rupanya sumpah! COOL and AWESOME sangat-sangat. alhamdulillah.thanks to Allah sebab bukakkan pintu hati nie untuk pergi. Mula-mula rasa mals sebab :
- kena pegi sendiri.first time, kena amik bas dari Putrajaya Central ke Masjid Besi.
naseb ada jumpa fasi kat PC so, naik bas dengan die ke Masjid Besi.
tapi bila dah sampai.memng seronok lar. Sebab ramai kawan. Banyak budak MHi pastu ada kak Zura yang setia jaga kitorang dari MHi lagi, tapi sian Kak Zuzu asyik kena bahan dengan budak MHi especially ikhwah. Hahaha..
Yada..yada..bla..bla..bla..masok hari kedua.kitorang kena Xplorace satu Putrajaya. Ingat sampai petang jer sekali kaw. azan Isyak baru kitorang sampai, itupun tak sempat ke check point last kat Millenium Tower sebab Abang Bai dah arahkan balik sebab malam tuh ada slot lain lagi. Xplorace nie bukan dekat-dekat jer, kitorang travel satu Putrajaya kot. Ada 9 check point dan diorang bagi kitorang duit, cukup-cukup jer buat tambang bas. So, kena figure out betul-betul check point. dahlar Putrajaya panas nak mampos..nak cerita pengalaman memang banyak sangat. tapi seronok.PENAT. Tapi Penat tu tak rasa sebab semua orang enjoy. Kitorang borak macam dah kenal lama jer, padahal baru kenal semalam.Best lar.aku memang suka mixed around ngan orang-orang.Dah lar ada dari Johor, Perak, Penang, Kedah, Perlis dan banyak lagi. seronok lar ada kawan duduk jauh-jauh nie.
Then malam tue, ada ikhwah dan akhowat dari pelbagai IPTA or IPTS dari pelbagai course datang. Kitorang bergerak ke course-course yang kitorang nak tahu. Memang best sebab die tak ada lar setakat ada, account, medic, engineer, tapi ada Marine technology, pasal hartanah-hartanah, tourism, psychology and ada akak nie doctor graduate from Ireland. Tapi masa sekejap sebab kitorg baru balik Xplorace, so, diorang nak kasi kitorang rehat. Esoknyer tu baru rasa lenguh seluruh badan, sebab lari semalam. Haduiih..bala.
Then, kitorang ada Studio ERAT. kena perform persembahn. Kite kena berlakon. tak tahu lar apa jadi, sebb kita berlakon jer..Tapi Maira' kata kita comel.hak.hak..ila muntah.sila.sila. Dan agak malu bile ada akak fasi tegur masa kat belakang, die kata pandai berlakon.Hahaha..terfikir apa lar yang aku buat kat depan tadi. Rasanya agak kaku sebab nervous. Kak Muslihah (ex-smakl and MHi) pun ada kacau- die cakap" amboihh'..ha.Malu.Malu..
then balik rumah. Akak fasi tolong hantarkan sampai PC lpeas nangis-nangis call Ibu. tak tahu nak balik cam mana dari masjid ke PC. So, Kak Yah guna cable-cable (baca: kawan-kawan) die untuk hantar. Sekarang baru rasa beruntung ada kakak. Hahha.. pastu amik Erl. Sampai rumah terus tidur.bangun masa azan maghrib, solat,sambung tidur, masa azan isya' terjaga, solat-mandi then sambung tidur.hoho..amek kau..penat giler..tapi seronok dan banyak sangat input yang aku dapat.
Boleh dikatakan sekarang, rasa macam dah nampak dah hala-tuju dan menngambarkan kehidupan di IPT camner sikit. Pasal course tu, kite tengok rezeki macam mana dulu. I mean nampak macam mana social life nanti kat U.Salah jalan boleh tumbang.
And..dah faham lar kenapa orang kata kena pandai pilih kawan. Bila tengok akak-akak kat ERAT, kakak sendiri dan akak-akak senior dari SMKAKL serta rakan-rakan sekolah rendah yang dah masuk Kolej.
Dah tak kisah lar orang nak kata aku suka pergi program-program ni. Pergi Masjid ke, Gua ke. Bagus apa buat kat Masjid. Zaman Nabi dulu pun Masjid jadi pusat pelbagai kegiatan pun hapa. Tak kisah kalau kawan-kawan sekolah rendah fikir apa, sebab budak Smkakl sendiri pun ada yang perli-perli aku pergi program. Yang belajar pun tak faham, apa lagi yang tak belajar. Aku sedar aku tak baik, sebab tu aku ambil inisiatif cari ruang yang aku boleh dapatkan ilmu untuk membina jati diri Islam dalam diri aku. Aku nak jadi Islam sepenuh masa dari semua aspek kehidupan aku. Bukan sekadar, aku solat dan dulu sekolah agama. Aku tak nak jadi fitnah pada agama aku sebab ambil Islam separuh-separuh, dan aku nak menjadi among Muslim yang menyumbang kepada kebangkitan Islam yang akan datang. nak jadi golongan Professional yang terserlah keIslaman die dalam apa sahaja yang die lakukan.
Tapi, tak bermakna aku akn tinggal kawan-kawan aku yang lain. Bagi aku. Kawan sampai syurga. Tiada istilah putus kawan.Dan aku tak kisah nak kawan siapa. I'm not the kind of people yang pilih bulu. Cuma aku dah tahu siapa yang kita boleh ikut,siapa yang kita tak perlu ikut. Tapi nak kawan tak ada masalah.
Ceh gaya caakap cam hapa jer.
Hahaha..All the best kepada semua in your future..
aku ada.kau ada? ;D
MAy Allah Bless. Amin.
No comments:
Post a Comment