Assalamualaikum. Dear reader,the blog is not aimed for gaining publicity, the highest rating, the most comments, the most 'like', and not even to promote my life. Ijust write what i like and what i think is right, and what i like to share. i am not hoping for you, dear reader to read and to comment. but you, dear reader can read and can comment if you, dear reader loves to do so. just hoping, the posts can give benefits to me, and to you, dear reader. if not, dont bother continue reading. thanks for reading, dear readers.

Therefore remember Me (by praying, glorifying,). I will remember you, and be grateful to Me(for My countless Favours on you) and never be ungrateful to Me. [Al-Baqarah : 152]

Saturday, May 05, 2012

kahwin.tunang dan seangkatan dengannya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam alyk peeps.

Looking at the tittle, whoa! bukan kite yang melalui fasa-fasa tue okayh. NI buat sepupu-sepapat yang satu pangkat dengan kite. Tapi umur-umur diorang tak ada lar 17,18,19 or below..diorang paling-paling dah Umur 23-24 begitu. So, kite gelar bulan nie bulan fasa seterusnya. Bertunang lar, kahwin lar, beranak lar. Macam-macam ada. So, sekejap-sekejap kena gie perak.kejap-kejap ke Kedah, Penang.Kejap-kejap ke Gombak. Sejak masuk asrama, to be honest dah lama tak pergi kenduri-kenduri ni. kalau ada pun, tak adanya Ibu nak jemput di asrama. So, kawan korang nieh dah tak kenal dah sedara-sedara yang jauh-jauh sikit. Setakat adek-beradek Ibu yang tiga orang. sepupu-sepupu Ibu sorang dua, kenal lagi lar. tapi lebih-lebih memang tak lar.

Tadi pergi Kak Ija nikah. Majlis nikah, meaning yang ada cuma kaum keluarga sahaja. So, tak ada lar nak tempah catering. Kami sampai pagi-pagi (*ceh pagi sangat lar pukul 9 tu.) dalam keadaan yang lapar nak mampos. Sampai-sampai terus tolong masak. Isi lauk-lauk, hidang-hidang sikit. Okayh wa sakit perut sangat. So, wa menyorok dalam toilet. Sebab, kalau wa sakit, wa tak akan layan orang dan muka wa macam wa mati laki. SUMPAH! Bila dah kenduri begini mesti kena manis-maniskan muka gaya macam terlebih minum air gula. Wa tahu wa tak mampu, so, wa mengelat ler. Kihkih.. Pastu wa keluar jugak sebab ramai nak guna bilik air. Wa paksa diri masak sayur kobis. pergh. Kalau dekat rumah punya payah nak masak, kena goreng ayam pun wa pernah nangis sebab geli masa dia mentah.Hahaha..sekali kau untuk keduri wa goreng taw!Sayur lar bukan ayam tuh. Then, perut dah rasa elok sikit. Wa pergi lawat pengantin perempuan.(*kami kelurga belah pengantin perempuan). Snap.snap gambar. puji itu ini, wa cioa!(baca :chaw) Lepastu, Acu suruh basuh pinggan, Okayh nie wa tak tahan. Dari kecik sampai besar kalau sedra-mara berkumpul, wa mesti kerja basuh pinggan.Dulu wa  akan nangis sambil buat kerja sebab geli dengan bekas makanan orang lain. Tapi sekarang dah okay(^^). Just tak puas hati sebab macam dah ada cop kat dahi-'Tukang Basuh Pinggan'. Wa redha, wa buat kerja. then wa sedar..MY ALLAH! Wa tak pakai armsock. Nak singsing(tah betul eja tah) ke tak nak. Lelaki keluar masuk dapur nieh. Acu Ramli pulak baca paper tak jauh dari sini. Lepas wa yakin Acu Ramli tak akan napak aurat wa, wa basuh-basuh. Kejap-kejap orang masuk cakap " senduk ada?" "Sudu ada?" "Tolong basuh cawan-cawan dulu, orang nak pakai cawan nieh" Huhu penat. tak cukup tangan.
tiba-tiba ada orang tolong cuci pinggan sekali kat sebelah. Tengok lengan baju die putih. Ingat Izzati ke, Sa'adah ke. sekali kau. Abang Ayui! Punya lar wa singsing sampai lengan. alamak!alamak! cepat-cepat wa  turunkan lipatan baju dan meredhakan lengan baju kurungku turut basah. Siapa suruh siap lambat pagi tadi dan.dan. tinggal armsock. Muka memeng bajet cool lar, borak dan senyum macam tak segan.Padahal..!

ok, Siap-siap basuh, nak start akad nikah dah, masuk kat satu ruang nak pakai stokin sebab kat dapur tadi basah, maka tak pakai stokin lar sebab terlupa nak bawak stokin spare. Baru nak pakai, okayh.Abang Ayui masuk sebab die nak bagi laluan pada keluarga belah lelaki yang baru sampai.Sekali nak keluar dah tak boleh sebab pack! terperangkap lagi.bersama Abg Ayui. melepas den nak tengok. Hurm. Dengar pun bolee~ Lawak dengar khutbah nikah sebab orang tue sayik buat lawak. Then, asyik dengar pengantin Lelaki ketawa.Ikut kata orang-orang yang wa curi-curi dengar lar. Die nak cover nervous larh tue. Yang lawak lepas Juru nikah tu baca khutbah nikah, die tanya pengantin lelaki "Ada apa-apa yang nak tanya?"Laju je Pengantin Laki cakap "Tak ada" then, that Juru nikah said " oh. Nie memang suruh datang nak kahwinkan je lar nie" Lol.wa tak tahu nape wa gelak giler time nih. Sounds funny.

Ok then, makan!makan! sakit perut sebab masuk angin tapi wa maakn jer sebab wa lapar. Nie wa makan untuk hilang lapar dan untuk kenyang juga. Tak ada nak cover-cover ayu nyer. Hahaha..

apa yang wa tengok tadi, dulu zaman kitorang kecik-kecik, kami (sedara-sedara) main tanpa segan silu. Bila semua masuk sekolah menengah, semua macam malu-malu, then bila dah lepas sekolah, macam nak bermesra-mesra balik.Ini untuk keadaan dengan saudara lelaki lar. Agak lawak disitu, tapi, okay lar. Wa ada diorang jer sedara wa. Belah Ayah wa memang tak kenal, kalau wa kahwin nanti(*kalau kahwin lar) family belah Abah entah ada entah tak, sebab kalau ikut belah Abah, yang satu pangkat dengan wa sama umur dengan Ibu. Gila tak?! Tadi bile dengan saudara-saudara lelaki wa agak segan nak borak. Sebab- satu: dah besar. Dua: lama tak jumpa. Tiga: didikan sekolah agama tak bergaul dengan lelaki sangat. Hahaha..ini lawak tapi betul lar. Dengan kawan-kawan lelaki sekolah rendah dulu, wa bajet macam selamba tapi, segan nak mati sebenarnya. tadi pun muka bajet cool, selamba jer borak. Padahal rasa awkward.Hahaha..

Pasal Aurat, batas tuh memang kene pandai-pandai jaga lar, ada akal kan!

gambar masa nikah malas nak letak, so, letak yang time sanding jer larh!
dapat button badge nieh!
dapat buttton badge 'sedara' (^^)
Add caption
hak,hak orang sibuk tepung-tawar pengantin kitorang bersakan di photo booth!
make a wish! kat wishing tree
sebok jugak nak wish kat wishing tree :P
nie saja nak poyo!:P
LOL :P

May Allah Bless(^^)

No comments: